Kadangkala kasih yang disemai sentiasa mekar bak bunga di taman. Kadangkala rindu yang dibaja selalu layu jua akhirnya. Kadangkala Benci yang diluah setiap masa sayang jua kemudian hari.
Walau selaju mana pun angin yang bertiup kadangkala masih tak mampu menerbangkan seekor semut merah. Walau keperitan yang hadir bertimpa-timpa, walau kesayuan sentiasa mengekori bersama takkan mungkin setiap masa diburu keperitan dan kesayuan.
Setiap langkahnya sentiasa menjadi lakaran anak mata. Setiap senyumannya sentiasa mengusik igauan mimpi yang memenuhi memori. Setiap tutur bicaranya sering mengetuk gegendang telinga. Kenapa masih kekal lagi menanti walau lama kehilangannya.
Sedalam air dilautan, dalam lagi kenangan kepadanya. Setiap saat, setiap detik seringkali terusik kenangan bersama dirinya. Mampukah terhalang kerana turunnya hujan. Mampukah terhakis hanya dengan banjir yang menenggelamkan diri.
Kadangkala bibir sering terluah, mana mungkin untuk menerimanya lagi.Namun,kata hati sering menentang. Ternyata harapan untuknya masih lagi padat, gurisan cinta untuknya masih lagi jelas..

No comments:
Post a Comment