Andainya mentari terus bersinar, Andainya bulan kekal berbicara. Andai angin terus menderu.
Sampaikanlah pesananku ini pada sebuah kehidupan yang suram.
Malam pasti menjelang.
Suram tak mungkin terus kelam.
Habiskanlah kisahmu.
Terangkanlah jiwamu.
Jangan kau menoleh untuk menangisi silammu.
Sedalam mana sayu hatimu,
Sayu lagi hatiku yang terus ditusuk sembilu bisa
Setebal mana bencimu.
Pasti terselit secebis kisah kasih yang sangat dalam.
Tiada mainan jiwa yang indah jika tiada perasaan yang mencuit.
Waspadalah pada egomu sendiri.
Kelak mungkin menghambat dirimu.
Hiasilah senyumanmu dengan penuh keikhlasan.
Lampirkanlah sifatmu dengan penuh kewarasan.
Tatkala jiwa terus berlagu suram. Noktahkanlah pada kehidupan hitam ini. Nekadkanlah hati pada janji-janji yang digenggam erat.
Tiada bicara semanis madu jika tiada bisa sekuat lebah.
Hidup tanpa cinta umpama bernyawa tapi tak bernafas. Hari yang indah harus dihiasi dengan senyuman yang menguntum. Cinta tak mampu memberi kita makan.Namun, setiap kehidupan pasti ada cinta yang menyusup..Mungkin...L.O.V.E...
Coretan Indah Buatmu
Seandainya angin terus dingin, dingin lagi hasrat hati yang terbuku,
Seandainya laut terus bergelora, gelora lagi hati yang teringat padamu.
Seandainya awan mengerti sudut hati ini, pasti terbentuk jiwa remuk yang dalam.
Kadangkala sebuah senyuman takkan mampu menyembunyikan keresahan dihati.
Kadangkala secebis hilai tawa belum mampu menidakkan gelojak resah dihati.
Kadangkala ketenangan yang hadir tak mampu membuang resah yang beraja di sudut hati.
Walau jauh mana aku berlari.
Walau jauh mana aku menyimpan rindu dihati.
Aku tetap gagal membendung resah dihati.
Secebis senyumanmu,
Sedalam kegembiraanmu,
Sehalus hati kecilmu.
Kerap mengisi tamu hati ini.
Mungkin ini takdir buatku.
Sepenuh harapan.
Segunung impian.
Mungkin hanya tinggal sisa-sisa.
Yang takkan mungkin berguna lagi..
Doa Seorang Kekasih
Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
Kebahagiaan yang kucari
Sekuntum senyuman yang diberi bakal mengukir secebis kebahagiaan yang diimpikan sekian lama.
Lunak merdu suaranya menjawab panggilan bagai menjawab segala kesunyian yang selama ini mengisi sudut hati.
Bagaikan di alam mimpi tatkala segala kasih sayang yang terluah disambut sepenuh jiwa. Tanpa rasa curiga. Tanpa rasa ragu. Kemesraan yang muncul bagai menghadirkan sebuah ilusi yang kekal dalam ingatan.
Dalam sejuta mimpi yang hadir pasti kan muncul satu yang menjadi kenyataan. Tiada kata seindah bicara yang mampu menzahirkan hati yang petah bebbicara tentang cinta. Walau sekian lama menyepi,walau sejauh mana berlari tetap tak dapat menghalang suburnya kasih yang mendatang.
Namun, kegusaran pasti muncul tatkala hatinya kembali gundah.Mengukir seribu persoalan yang tak dapat dicari secebis jawapan yang menjernihkan keadaan.Mungkin dugaan tetap hati walau hati terus setia menyayangi. Mungkin cubaan tetap hadir walau hati tetap terus mempertahankan.
Akhirnya muncul juga kata perpisahan yang tak enak untuk telinga menadah. Segalanya yang tak mungkin berlaku akhirnya terluah juga. Kesedihan tetap juga mengejar tanpa beralas senyuman...

Sehelai Sapu Tangan Buatmu
Hari- hari yang berlalu cukup beerti. Tiada noktah tiada noda, tiada cela. Secebis kasih yang dibawa pergi, segunung janji yang ditabur duri. Tanpa puisi, tanpa irama, segalanya musnah bagai kaca yang jatuh berderai. Hilai tawa, senyuman manja hilang lenyap bagai pantai dipukul ombak tsunami.
Haruskah segala perasaan ini kulayan juga?.
Haruskah segala keperitan ini kutemui juga?.
Relakah aku dihimpit duka lagi?
Bisakah aku menempuhi cabaran ini?
Dalam melayari hidup ini, terlalu payah untukku terus berlari mengejar langit nan biru. Semakin dekat kukejar, semakin jauh kau berlari. Patutkah aku terus mengejar? Patutkah aku terus cuba menggapai? Kata puitis pernah tercatat 'kadangkala sesuatu yang kita impikan semakin hampir untuk digapai tangan. Semakin jauh pula ia meloloskan diri'.
Seharusnya hati ini terus melupainya, sejujurnya jiwa ini terus membuang mimpi indah yang pernah tercipta bersama, setulusnya segala memori ini telah aku padamkan dari ingatanku. Wajarkah jika aku lakukan semua ini? Adilkah aku pada hati ini?
Dalam secebis memori yang yang mencuit. Aku tetap simpan walau berpuluh tahun bersemadi. Tiada kesudahannya yang ku inginkan. Hanya mampu kuberi, hanya mampu kubalas, hanya mampu kubuat hanyalah tulus ingatan pada sehelai sapu tangan buatmu. Selama - lamanya.....

Kasih Tak Kesampaian
Kadangkala kasih yang disemai sentiasa mekar bak bunga di taman. Kadangkala rindu yang dibaja selalu layu jua akhirnya. Kadangkala Benci yang diluah setiap masa sayang jua kemudian hari.
Walau selaju mana pun angin yang bertiup kadangkala masih tak mampu menerbangkan seekor semut merah. Walau keperitan yang hadir bertimpa-timpa, walau kesayuan sentiasa mengekori bersama takkan mungkin setiap masa diburu keperitan dan kesayuan.
Setiap langkahnya sentiasa menjadi lakaran anak mata. Setiap senyumannya sentiasa mengusik igauan mimpi yang memenuhi memori. Setiap tutur bicaranya sering mengetuk gegendang telinga. Kenapa masih kekal lagi menanti walau lama kehilangannya.
Sedalam air dilautan, dalam lagi kenangan kepadanya. Setiap saat, setiap detik seringkali terusik kenangan bersama dirinya. Mampukah terhalang kerana turunnya hujan. Mampukah terhakis hanya dengan banjir yang menenggelamkan diri.
Kadangkala bibir sering terluah, mana mungkin untuk menerimanya lagi.Namun,kata hati sering menentang. Ternyata harapan untuknya masih lagi padat, gurisan cinta untuknya masih lagi jelas..

Subscribe to:
Posts (Atom)