6 jun 2009,aku kehilangan seorang wanita yang begitu jujur melafazkan kata cinta.Dalam setiap katanya,dalam setiap tingkahnya juga dalam setiap mimpinya.Aku mengenalinya hanya sebagai seorang kakak senior yang tua 4 tahun dariku.
Aku tak menyedari dirinya begitu sungguh-sungguh meyakinkanku.seringkali aku teringat butir bicaranya..
"bila kita rasa sayang pada seseorang.kita jangan leka untuk sentiasa menyayanginya walaupun kadangkala perit untuk kita rasai bila cinta kita tak dijawab dengan sempurna.Jadikan cinta itu satu kehidupan yang paling indah."
Entah berapa kali aku mengalirkan airmata bila teringatkan dirinya. Entah berapa kali juga aku meraung bila aku terlalu rindukan senyumannya.
Silap aku yang tak pandai untuk menterjemahkan cintanya.Silap aku kerana tak mampu menyayanginya seadanya.Sampai satu ketika,aku seperti tidak sedar kehadirannya benar-benar mencuri hidupku.
Pada saat aku benar-benar memerlukan bantuan. Dia hadir tanpa sempat aku ucapkan terima kasih. Namun, saat aku terpaksa berdepan dengan ujian. Dia pergi untuk selama-lamanya tanpa sempat aku ucapkan selamat tinggal.
Kejamkan aku. Langsung tak pernah menghargai orang yang betul-betul sayangkan aku. Langsung tak pernah nak bagi ruang pada orang begitu setia dengan aku.
Hingga kini, tatkala aku melawat pusaranya. Airmata seringkali gugur. Aku tak mampu menampung kesedihan ini. Kadangkala rsenyumannya mencuri memoriku.
'Fa,maafkan Am atas apa yang berlaku. Am tak dapat nak lupakan cinta am yang dulu.Izinkan am simpan senyuman fa, untuk Am rindu. Senyuman ni takkan hilang selagi Am hidup.'
Fa, Am akan sentiasa sedekah kan Al-Fatihah untuk Fa..Semoga rohmu dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh orang-orang solehah..Amin.