Hari- hari yang berlalu cukup beerti. Tiada noktah tiada noda, tiada cela. Secebis kasih yang dibawa pergi, segunung janji yang ditabur duri. Tanpa puisi, tanpa irama, segalanya musnah bagai kaca yang jatuh berderai. Hilai tawa, senyuman manja hilang lenyap bagai pantai dipukul ombak tsunami.
Haruskah segala perasaan ini kulayan juga?.
Haruskah segala keperitan ini kutemui juga?.
Relakah aku dihimpit duka lagi?
Bisakah aku menempuhi cabaran ini?
Dalam melayari hidup ini, terlalu payah untukku terus berlari mengejar langit nan biru. Semakin dekat kukejar, semakin jauh kau berlari. Patutkah aku terus mengejar? Patutkah aku terus cuba menggapai? Kata puitis pernah tercatat 'kadangkala sesuatu yang kita impikan semakin hampir untuk digapai tangan. Semakin jauh pula ia meloloskan diri'.
Seharusnya hati ini terus melupainya, sejujurnya jiwa ini terus membuang mimpi indah yang pernah tercipta bersama, setulusnya segala memori ini telah aku padamkan dari ingatanku. Wajarkah jika aku lakukan semua ini? Adilkah aku pada hati ini?
Dalam secebis memori yang yang mencuit. Aku tetap simpan walau berpuluh tahun bersemadi. Tiada kesudahannya yang ku inginkan. Hanya mampu kuberi, hanya mampu kubalas, hanya mampu kubuat hanyalah tulus ingatan pada sehelai sapu tangan buatmu. Selama - lamanya.....
Hidup tanpa cinta umpama bernyawa tapi tak bernafas. Hari yang indah harus dihiasi dengan senyuman yang menguntum. Cinta tak mampu memberi kita makan.Namun, setiap kehidupan pasti ada cinta yang menyusup..Mungkin...L.O.V.E...
Kasih Tak Kesampaian
Kadangkala kasih yang disemai sentiasa mekar bak bunga di taman. Kadangkala rindu yang dibaja selalu layu jua akhirnya. Kadangkala Benci yang diluah setiap masa sayang jua kemudian hari.
Walau selaju mana pun angin yang bertiup kadangkala masih tak mampu menerbangkan seekor semut merah. Walau keperitan yang hadir bertimpa-timpa, walau kesayuan sentiasa mengekori bersama takkan mungkin setiap masa diburu keperitan dan kesayuan.
Setiap langkahnya sentiasa menjadi lakaran anak mata. Setiap senyumannya sentiasa mengusik igauan mimpi yang memenuhi memori. Setiap tutur bicaranya sering mengetuk gegendang telinga. Kenapa masih kekal lagi menanti walau lama kehilangannya.
Sedalam air dilautan, dalam lagi kenangan kepadanya. Setiap saat, setiap detik seringkali terusik kenangan bersama dirinya. Mampukah terhalang kerana turunnya hujan. Mampukah terhakis hanya dengan banjir yang menenggelamkan diri.
Kadangkala bibir sering terluah, mana mungkin untuk menerimanya lagi.Namun,kata hati sering menentang. Ternyata harapan untuknya masih lagi padat, gurisan cinta untuknya masih lagi jelas..

Subscribe to:
Posts (Atom)